Tuesday 9 July 2013

aku terima ujian MU

assalamualaikum readers..

 Sudah lama aku tak menulis di ruangan ini..aku sendiri terlalu sibuk dengan tugasan..tapi kini aku diberikan masa yang mengizinkan aku untuk berada di sini..tahun ni merupakan satu tahun yang amat mengejutkan..besar sungguh dugaan Allah S.W.T turunkan kepada aku..

  Pada 11 Jun 2013 aku telah dimasukkan ke dalam wad Hospital Dungun..kerana penyakit yang sekarang aku hidapi..pada mulanya aku tak dapat menerima..aku menangis dan terus menangis. setiap hari aku mendengar kata-kata yang kadang-kadang bagi aku terlalu pedih untuk menerima tapi itulah hakikatnya.. 
 "sabarlah sue..ini semua dugaan dari Allah..takde sape pun mintak jadi camni..sabar ea.."

 Ye kawan..aku sabar dengan dugaan ini..tapi andai korang pun di tempat aku..pasti korang pun merasa jatuhnya semangat yang korang bina selama nie..aku tahu tiada siapa yang minta datangnya penyakit..semua nie dugaan dariNya.aku paham korang mahu comfort perasaan aku..aku hargai sangat..terima kasih kawan-kawan..

 aku sedar aku tak boleh terus bersedih dengan apa yang berlaku..aku kena bangkit semula..selama 2 minggu di dalam wad..aku melalui pelbagai pengalaman..bertemu dengan ramai orang..terima kasih kepada yang melawat aku selama aku di dalam sana..sangat2 terima kasih.. 

 Aku juga berkesempatan menyambut ulang tahun hari lahir aku yang ke 22..experience yang baru..sambut dalam wad tuhh..rare kn?? hehehehee..bukan senang nk dapat experience nie..aku bersyukur kerana Allah masih memberi peluang untuk meneruskan hidup di dunia milikNya..peluang untuk menyambut ramadhan..walapun keadaan diri tak sama  macam dulu tapi aku bersyukur kerana masih ada peluang itu..

 Aku percaya apa yang berlaku pasti ada hikmahnya..Allah itu maha Adil dan maha Mengetahui..aku yakin dengan itu..

p/s : terima kasih kepada kawan-kawan serta family tersayang di atas doa dan kedatangan korang..sayams korang..muaksss <3


Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah seorang muslim menderita sakit kerana suatu penyakit melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya”. (HR Bukhari, Muslim)

Dari Ummu Al-Ala’, dia berkata : “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjengukku pada masa aku sedang sakit, lalu baginda berkata. ‘Gembirakanlah wahai Ummu Al-Ala’. Sesungguhnya sakitnya orang muslim itu membuatkan Allah mengampunkan dosa-dosanya, sebagaimana api yang menghilangkan kotoran pada emas dan perak”. (HR Abu Daud)

0 juta orang bersuka ria:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

suka blog ni? like aje~